minta tolong klik kalau singgah..thanks

Friday 25 July 2014

Palestin menangis















palestin,engkau terus dibasahi darah
wanita mahupun anak kecil terus menjadi sasaran
tanpa mengenal belas ihsan
terus dibedil
terus dihentam tanpa budi bicara

namun masih ada sekelumit harapan.
mujahid al qassam terus membela nasib mu.
nasib generasi penyambung legasi suci.misi terus berjalan selagi nafas dihembus.

dimana yang lain.adakah hanya mampu melihat.menangisi mencerca hina zionis .sedangkan kita tidak berusha sehabis baik.

oh palestin
dikala umat lain sibuk mengejar cita namun engkau terus dihimpit duka.
luka lama masih berbekas
datang pula musibah getir.

yaAllah,jagalah mereka
berikanlah kekuatan
kobarkan semangat mereka

oh saudaraku
teruskan perjuangan suci
walaupun syahid
namun darah mu akan menjadi baja tulang mu menjadi tonggak.
maafkan aku.

Nikmat-Mu















Sudah hampir dua tahun berlalu
namun masih belum sembuh jua sakitku ini

walaupun tidak lagi sempurna seperti insan lain
namun aku masih bersyukur

meskipun kudrat ku tak sekuat dulu
tapi masih boleh mengangkat tubuh tanpa bantuan lain
kaki sering kejang namun tidak pernah berhenti berjuang
perut kadangkala meragam namun masih setia menghadamkan makanan
bahu kadangkala lenguh tapi masih boleh membantu walaupun sedikit cuma
mata kadangkala kabur tapi tidak menghalang untuk terus menikmati keindahan dunia
walaupun kepala pening namun masih mampu berfikir dengan waras dan mengawal keadaan.
sesungguhnya aku bersyukur dengan ujianMu.

kadangkala aku keliru samaada penyakitku ini balasan ataupun rahmat
kerana walaupun kesihatan tak lagi sebagus dulu namun ia banyak menyedarkan dan mengajar aku erti hidup.
nikmat yang dulu tidak ku hargai dulu.

Friday 4 July 2014

Oh Melayu..Bangkitlah segera













woi melayu! rumahmu semua dibina indonesia, ekonomi pula dikuasai cina, golongan profesional semuanya india, warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa, warga bangla pula menjadi JaGa, orang Nepal yang menabur baja, orang pakistan usung karpet jaja merata, lalu melayu ada apa? harapkan ustaz, saling menyesat, harapkan hiburan, lagi best filem barat, harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat, harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat, harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat! woi melayu! masih mendabik menjadi tuan? sibuk mahu menjadi tuan, rupanya kerja kelas bawahan, ditipu mentah orang atasan, konon perjuangan ini untuk kalian! kerja sikit, sembang kencang, banyak rungut, sikit rancang, siapa tegur, dituduh lancang duduk warung, gigit kacang! woi melayu! konon kau pantang dicabar, konon kau tangkas menyambar, tapi cuma indah khabar, rentakmu makin lama makin hambar kau melayu aku pun melayu, aku menulis bukan cemburu, aku mahu engkau tahu, kenapa melayu tak macam dulu..

sumber: kredit kat SINI.